ADA APA DENGAN CINTA??
CINTA..
Sungguh menyakitkan bila mencintai seseorang
dan bila cinta itu tidak berbalas...
Tapi apa yang lebih menyakitkan ialah apabila…
mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari
kekuatan untuk menyatakan rasa cinta
kepada orang yang dicintai…
Mungkin Allah berkehendakkan kita...
berjumpa dengan beberapa orang yang bukan jodohnya
supaya apabila kita dipertemukan jodoh yang sebenar...
kita akan menghargai betapa bernilainya pemberiaanNya itu
Apabila tertutupnya pintu kegembiraan…
ada pintu lain yang masih terbuka
Tetapi mengapa kita masih terus menanti...
kepada pintu yang tertutup itu??
Sehinggakan kita tidak sedar pintu lain terbuka untuk kita…
MEMANG BENAR..
Kita tidak menyedari apa yang kita ada sehingga kita kehilangannya…
dan memang benar kita tidak tahu apa yang kita hilang
sehingga ia muncul dan kita menemuinya...
Memberi cinta kepada seseorang
tidak menjaminkan yang kita akan dicintai kembali..
Jangan mengharap cinta akan dibalas
tunggu saja supaya ia dapat berkembang di dalam hatinya
tetapi bila sebaliknya...
Biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita..
Kita mungkin suka untuk mendengar pada apa yang kita tidak pernah dengar dari seseorang yang hendak kita dengar tetapi janganlah kita memekakkan telinga untuk tidak mendengar pada orang yang menyatakannya dari hatinya..
Jangan ucapkan selamat tinggal selagi kita masih mahu mencuba..
Jangan berputus asa jika kita rasa masih mampu untuk meneruskan..
Jangan mengatakan kita tidak mencintai seseorang jika kita tidak mampu untuk melupakannya..
CINTA HADIR..
Kepada mereka yang masih mengharap walaupun telah dikecewakan..
Kepada mereka yang masih mempercayai walaupun telah dikhianati… Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun telah dilukai dan Kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk membina kepercayaan itu kembali...
Ia cuma mengambil masa SEDETIK untuk terpikat kepada seseorang,
Cuma SEMINIT untuk menyukai seseorang...
SEHARI untuk menyayangi dan mencintai seseorang
tetapi SEUMUR HIDUP untuk melupai seseorang...
Mimpilah apa yang ingin kita mimpi
Pergilah ke mana yang kita hendak pergi
Jadilah apa yang ingin kita kejarkan demi cita-cita
kerana hidup hanya diberikan Allah sekali dan
peluang juga hanya hadir sekali untuk kita melakukan apa yang diingini...
KEGEMBIRAAN..
Bagi seseorang tidak semestinya terbaik untuk segalanya....
Sebaliknya ia hanyalah segalanya yang hadir mengiringi liku kehidupan.. Jangan kita mencarinya.. ia boleh menipu
Jangan kita mencari kekayaan dan harta.. ia akan pudar
Carilah sesorang yang boleh membuatkan kita tersenyum
kerana ia cuma perlukan sebuah senyuman
untuk menghilangkan awan-awan kesepian
yang menutupi cahaya yang gelap agar dapat sinar mentari mencerahkan langit yang selama ini lesu...
Semoga kita menemui seseorang yang mampu membuat kita tersenyum…
Dan mampu untuk senyum buat selamanya…
No comments:
Post a Comment