
HUKUM PERTAMA
❤Tuhan mengasihi anda dan Dia menawarkan satu rancangan yang istimewa untuk hidup anda. Yohanes 3:16 & Yohanes 10:1b
HUKUM KEDUA
❤Manusia berdosa dan terpisah daripada Tuhan. Oleh itu, manusia tidak boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidupnya. Roma 3:23 & Roma 6:23
HUKUM KETIGA
❤Yesus Kristuslah satu-satunya jalan yang Tuhan berikan untuk menyelesaikan masalah dosa manusia. MelaluiNya, anda boleh mengetahui dan memahami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup anda. Roma 5:8, 1 Korintus 15:3-6 & Yohanes 14:6
HUKUM KEEMPAT
❤Kita mesti menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat dan Tuhan kita secara peribadi. Dengan demikian, kita boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup kita. Yohanes 1:12,Efesus 2:8-9 & Yohanes 3:1-8
❤Yesus menjanjikan hidup yang kekal kepada semua orang yang menerimaNya. 1 Yohanes 5:11-13
LANGKAH-LANGKAH UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI
❤Pertumbuhan rohani adalah hasil daripada kepercayaan kepada Yesus Kristus. "Orang yang benar akan hidup oleh iman" (Galatia 3:11)Hidup yang berdasarkan iman akan membolehkan anda semakin mempercayai Tuhan dalam segala hal kehidupan anda, dan melakukan hal-hal berikut:
T-Tiap-tiap hari, datang ke hadirat Tuhan melalui doa. (Yohanes 15:7)
U-Usaha dalam membaca Alkitab setiap hari. (KIsah Para Rasul 17:11)
M-Mentaati Tuhan dari semasa ke semasa. (Yohanes 14:21)
B-Bersaksi tentang Yesus Kristus sama ada melalui percakapan mahupun cara hidup anda
(Matius 4:19, Yohanes 15:8)
U-Usaha dalam mempercayai Tuhan dalam segala hal kehidupan anda. (Petrus 5:7)
H-Hendaklah anda membiarkan Roh Kudus mengusai dan memberi kuasa kepada anda dalam
kehidupan seharian dan kesaksian anda. (Galatia 5:16-17, Kisah Para Rasul 1:8)
dan yang paling penting janganlah kita menghentikan kebiasaan kita berkumpul bersama-sama. (Ibrani 10:25)
✿✿ God Bless U all ✿✿
No comments:
Post a Comment